Saringan Pra-Perkahwinan adalah penting?Mengapa?
- Dr. Maz
- 5 Jan 2022
- 1 min membaca

Perkahwinan adalah salah satu elemen penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah langkah murni sebuah pasangan untuk membina institusi keluarga yang bahagia dan sihat. Tetapi ramai yang terlupa akan pentingnya pemeriksaan Pra-perkahwinan ini salah satu perkara wajib yang patut ada sebelum menjelangnya hari istimewa tersebut.
Pemeriksaan Pra-Perkahwinan adalah salah satu usaha pendekatan bagi mencegah penularan penyakit berjangkit secara seksual dan untuk merancang kehamilan yang selamat bagi melahirkan zuriat yang sihat dan kuat.
Saringan penyakit pada peringkat awal amatlah berguna bagi mencegah atau memberikan rawatan yang tepat secepat mungkin sebelum penyakit tersebut menular atau menjadi lebih parah. Kita dapat menegenal pasti dan mengubah cara hidup, serta tahap kesihatan seseorang sekiranya anda lakukan saringan kesihatan Pra-perkahwinan ini.
Daripada Saringan Pra-Perkahwinan, kita boleh mengesan gangguan darah genetik biasa (contoh: Talasemia dan Anemia Sel Sabit) dan penyakit berjangkit (contoh : HIV/AIDS, Hepatitis B, Hepatitis C). Ini berpotensi mengurangkan beban penyakit hemoglobin yang diwarisi dengan mengurangkan bilangan perkahwinan berisiko tinggi dan membawa pasangan ke kehidupan reproduktif yang sihat.

Selain itu, Pemeriksaan Sebelum Perkahwinan juga membantu anda untuk mengetahui dan memahami keadaan kesihatan pasangan anda seperti paras kolesterol dan tekanan darah supaya anda dapat menjaga pasangan anda dengan lebih baik.
Di Malaysia, pemeriksaan kesihatan Pra-Perkahwinan selalunya diperlukan apabila pasangan menyerahkan borang pendaftaran perkahwinan mereka. Langkah berjaga-jaga ini berguna untuk pasangan kerana mereka bakal membina keluarga bersama.
Jika anda tidak pasti akan pemeriksaan yang sesuai untuk anda, boleh berkomunikasi dengan Doktor Komuniti kami dari Klinik G&P. Selain itu, anda dapat mengetahui tahap kesihatan anda dan pasangan sebelum hari perkahwinan.
Comentarios