Penyakit Jantung
- patientcaregp

- 20 Jun 2022
- 2 min membaca
Mengapa Ramai orang yang mati akibat penyakit kardiovaskular/Jantung?
Penyakit jantung merupakan pembunuh No. 1 di seluruh dunia walaupun kemajuan perubatan telah memudahkan lebih ramai dapat bertahan dari serangan jantun. Menurut Kementerian Kesihatan, penyakit jantung adalah punca kematian terbesar di Malaysia, dengan perokok dan mereka yang menjalani gaya hidup tidak aktif dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.
Penyakit jantung adalah istilah yang merangkumi pelbagai masalah jantung.
Ia bukan sahaja merujuk kepada masalah pada jantung tetapi juga masalah pada saluran darah.Ini kerana kedua-duanya saling berkaitan dan akan memberi kesan antara satu sama lain sekiranya berlaku sebarang masalah. Ini disebabkan oleh sistem kardiovaskular yang menghubungkan jantung dan semua organ dalam badan. Masalah jantung juga boleh menjejaskan organ lain seperti otak, buah pinggang, dan hati.
Adakah anda pernah mendengar sesiapa di sekeliling anda mati secara tiba-tiba dan ia adalah disebabkan serangan jantung?
Ini dipanggil Sudden Cardiac Death (SCD) yang bermaksud kematian mengejut, tidak dijangka dan ia disebabkan oleh kehilangan fungsi jantung. Ini berlaku paling kerap pada orang dewasa pada pertengahan 30-an hingga pertengahan 40-an dan memberi kesan kepada lelaki dua kali lebih kerap berbanding wanita.
Ini berlaku kadangkala disebabkan oleh keadaan jantung seperti penyakit jantung genetik yang tidak didiagnosis sejak kecil. Masalah jantung yang tidak dapat dikesan boleh menyebabkan seseorang yang masih muda mati secara tiba-tiba semasa melakukan aktiviti fizikal. Ini diburukkan lagi jika anda seorang perokok dan tidak mengikuti diet seimbang.
Jenis penyakit jantung lain menjadi pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia:
-Penyakit jantung koronari (Coronary artery disease)
-Kegagalan jantung
-Aritmia (Atrial Fibrillation)
-Penyakit injap jantung
-Penyakit Miokardium
-Penyakit perikardial
-Penyakit jantung kongenital
-Jangkitan
-Penyakit vaskular & Strok
Faktor- faktor utama penyebab penyakit jantung :

Individu-individu yang mengamalkan perkara-perkara diatas akan mengalami peningkatan tekanan darah, kenaikkan gula darah, kolestrol dan obesiti sebagai tanda awal. Anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran untuk mengelakkan risiko serangan jantung, strok, kegagalan jantung dan komplikasi lain.
Penghentian tembakau, pengurangan garam dalam diet, melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian, aktiviti fizikal yang kerap, dan mengelakkan penggunaan alkohol telah terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, rawatan ubat untuk hipertensi, diabetes, kolestrol, dan darah tinggi adalah perlu untuk mengurangkan risiko kardiovaskular dan mencegah serangan jantung dan strok di kalangan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit ini.
Satu-satunya cara untuk mencegah penyakit jantung ini adalah dengan pemeriksaan perubatan yang kerap dan pemeriksaan awal jantung. Ini boleh membantu untuk mengesan masalah jantung tersebut pada peringkat awal dan boleh dirawat sebelum terlambat.
Sila rujuk Doktor Komuniti kami untuk mengetahui pakej kesihatan yang paling sesuai buat anda :




Komen