top of page

Adakah anda Memiliki Kencing Manis?

Terasa Lemah Lesu? Dahaga ? Kerap Membuang Air Kecil?


Penyakit Kencing manis atau dikenali sebagai Diabetes Mellitus adalah suatu penyakit Hormon dan metabolik yang amat ditakuti. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kadar gula darah yang melebihi kadar normal yang dikenali sebagai hiperglikemia, dimana keadaan ini sangat berbahaya untuk kesihatan tubuh badan.


Obesiti adalah punca utama diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, dan peningkatan risiko penyakit jantung. Pola hidup yang tidak sihat, seperti diet yang tidak seimbang and kurang bersenam merupakan punca kepada obesiti yang menjurus kepada beberapa penyakit kronik yang lain.


Glukosa/gula adalah komponen utama untuk sistem tubuh kita berfungsi dengan baik. Ia bergantung kepada bagaimana sistem kawalan gula badan kita berfungsi untuk memastikan tidak ada terlalu banyak gula dalam darah kita atau terlalu sedikit.


Gula atau Glukosa adalah elemen penting dalam kehidupan. Setiap sel dan tisu dalam badan memerlukan gula sebagai nutrien penting. Aktiviti seharian seperti berjalan, berfikir, bersenam,makan, maupun tidur memerlukan gula sebagai sumber tenaga. Setelah kita makan, badan akan mencerna karbohidrat menjadi bentuk gula yang paling mudah untuk memasuki aliran darah dan dibawa ke seluruh tubuh.


Jika sel tubuh tidak mendapatkan glukosa/gula, ianya bakal mati kerana kekurangan tenaga. Jadi, gula yang berada di dalam pengaliran darah memerlukan hormon insulin untuk berpindah masuk ke dalam sel-sel tubuh.Hormon insulin ini amatlah penting untuk menjaga keseimbangan gula di dalam aliran darah.


Apabila hormon insulin tidak berfungsi, di sini terjadinya Diabetes. Dibawah ini menunjukkan kadar gula yang digunakan untuk mendiagnosa diabetes:


  • Random Glucose - more than> 7.0 mmol/L

  • Fasting Glucose - more than> 11.0 mmol/L



Untuk mendiagnosa diabetes dengan lebih tepat, kita akan menggunakan pemeriksaan darah HbA1c, ini dapat digunakan untuk melihat kadar gula darah dalam 3 bulan terakhir.


Jenis-jenis diabetes mellitus :


Diabetes Mellitus Tipe -1


Penyakit ini menyumbang hanya 7% daripada jumlah kejadian semua jenis diabetes. Penyakit ini disebabkan oleh tindakan autoimun di mana badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau tiada insulin langsung kerana sel pankreas yang rosak.


Penyakit ini biasanya dikesan pada kanak-kanak yang akan menunjukkan gejala seperti dahaga yang berlebihan, dan kerap membuang air kecil, dan lebih teruk mereka juga mungkin mengalami situasi berbahaya yang dikenali sebagai ketoasidosis diabetik


Akibat ketiadaan insulin, badan akan memecahkan protein dan lemak untuk mendapatkan gula atau. Produk yang terhasil daripada proses ini dikenali sebagai keton, yang akan menyebabkan badan menjadi sangat berasid. Ia boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.


Antara simptom Ketoasidosis Diabetik ialah:

Penghidap diabetes jenis 1 memerlukan pengambilan insulin dari luar badan sepanjang hayat mereka. Mereka juga lebih berisiko untuk mendapat penyakit autoimun yang lain





Diabetes Mellitus Tipe-2


Ini merupakan tipe Diabetes Mellitus yang terjadi dikalangan masyarakat sehingga 90-95%. Kebiasaanya terjadi di kalangan orang-orang tua dan obesiti. Faktor yang meyumbang kepada terjadinya perkara ini adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan pemakanan yang tidak seimbang.


Faktor usia dan keturunan juga di kenal pasti sebagai salah satu risiko yang tidak dapat dipulihkan. Diabetes jenis 2 boleh berlaku apabila badan telah menjadi kebal terhadap tindakan insulin kerana badan sudah biasa terdedah kepada paras gula yang tinggi. Ia juga boleh berlaku jika sel-sel pankreas telah rosak dan tidak lagi mampu menghasilkan insulin yang mencukupi untuk memenuhi keperluan badan atau kedua-duanya berlaku serentak.


Akibat diabetes jenis 2, pesakit boleh mengalami kaki diabetik, kerosakan buah pinggang, buta, kerosakan sistem saraf, dan juga meningkatkan risiko penyakit jantung.

Untuk merawat keadaan ini, perlu dimulakan dengan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat contohnya dengan mengambil makanan rendah gula dan karbohidrat serta meningkatkan kekerapan bersenam. Jika kandungan gula masih tidak dikawal dengan baik oleh kaedah ini, ubat penurun gula atau agen hipoglisemik boleh digunakan sebelum menggunakan insulin. Pada peringkat awal, diabetes boleh diubati sekiranya pesakit berjaya mengubah gaya hidup mereka kepada yang lebih baik.


Pemeriksaan Kesihatan Diabetik boleh membantu mengelak daripada mendapat Diabetes Mellitus sebelum terlambat. Buat temu janji dan bincang dengan Doktor Komuniti kami mengenai isu kesihatan anda sekarang.



 

Sila rujuk Doktor Komuniti kami untuk mengetahui pakej kesihatan yang paling sesuai buat anda :







 
 
 

Bình luận


HAK CIPTA © 2021 oleh Suria Medical Logistics

bottom of page